Bermula hari ini, 20 September 2010 sehingga 23 september 2010, para pelajar Tahun 6 akan menduduki peperiksaan besar dan penting sepanjang mereka menjalani alam persekolahan sekolah rendah, iaitu UPSR.

Semoga mereka dapat menjawab dengan tenang dan berhati-hati. Apa pun, Selamat Berjuang diucapkan. Gambate!!!
Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SK Gadong Jaya. Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu satu makna dan disambut dengan penuh kemeriahan walaupun dalam keadaan bersederhana.

Kepada murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR sebaik sahaja persekolahan bermula, jangan lupa baca buku. Raya, raya juga. Peperiksaan penting jangan dilupakan. Semoga semuanya akan sukses dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah ;-)

Selamat beraya (^_^)