Assalamualaikum.
Pada esok hari, iaitu 12 Mac 2010, SK Gadong Jaya akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pada tahun ini, temanya adalah "Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah". Sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Syabas kepada mereka yang telah bersungguh-sungguh untuk memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
Dalam sambutan kali ini, acara perarakan sekeliling kampung dan berselawat secara beramai-ramai akan dilakukan. Jadi, orang-orang kampung nantikan kedatangan rombongan perarakan ini :) .
Semoga dengan sambutan kali ini dapat memantapkan tali silaturrahim sesama kita dan membina muafakat. Salam 1 Malaysia.
Salam.